Perdana Menteri India Diberi Sambutan Rasmi

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh dan isteri Gursharan Kaur hari ini diberikan sambutan rasmi di perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini.

Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira pukul 9.35 pagi.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sebaik tiba lagu kebangsaan kedua-dua buah negara diperdengarkan sebelum Dr Manmohan memeriksa perbarisan kehormat.

Kemudian, Perdana Menteri India itu diperkenalkan kepada barisan menteri-menteri kabinet serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Dr Manmohan tiba di sini semalam, untuk lawatan rasmi tiga hari sebagai membalas lawatan Najib ke India pada Januari lepas, selain sebagai usaha memperkembangkan lagi hubungan dua hala Malaysia-India. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan