Isteri PM India Lawat Pusat Permata

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Isteri Perdana Menteri India Gursharan Kaur hari ini meluangkan masa sejam melawat Pusat Anak Permata Negara di Presint 16 di sini.

Beliau diiringi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Program Permata Negara, dan anggota Jawatankuasa Kerja Permata.

Rosmah turut memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan dan operasi pusat itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun.

Gursharan Kaur sedang mengiringi suaminya Dr Manmohan Singh dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini sejak semalam.

Program Anak Permata Negara merupakan inisiatif Rosmah yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara terancang serta bersepadu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan