Cadang Wujud Suruhanjaya Kesaksamaan Gender – Chong Eng

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng mencadangkan supaya Kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Kesaksamaan Gender bagi memberi keseimbangan penyertaan kaum wanita khususnya dalam bidang politik dan pembuat keputusan.

Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, wanita bukan calon bagi pemimpin kedua atau pilihan kedua dan sudah tentu bukan sumber manusia kedua di negara ini.

“Wanita di negara ini kesal dengan apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011 baru-baru ini kerana tidak menyebut tentang mekanisme untuk mencapai kesaksamaan gender seperti kuota gender dan aliran utama gender.

“Kerajaan tidak mempunyai tindakan yang cukup kukuh untuk mengatasi jurang gender di Malaysia khususnya dalam politik dan pembuat keputusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini pada Rabu.

Chong Eng berkata, negara lain seperti Afrika Selatan telah mencapai 45 peratus ahli parlimen di kalangan wanita berikutan pelaksanaan Suruhanjaya Kesaksamaan Gender di negara itu pada tahun 1994.

Beliau turut menjadikan Australia sebagai contoh apabila negara itu kini mempunyai hampir 30 peratus penyertaan wanita dalam Parlimen.

Dalam pada itu, Chong Eng meminta Barisan Nasional (BN) agar menghentikan suara-suara mengenai sokongan parti itu terhadap kesaksamaan gender dan usaha untuk memperkasakan wanita.

Beliau berkata, BN sepatutnya mengenal pasti keupayaan wanita dan bukan sekadar melantik wanita sebagai calon politik kedua apabila lelaki meninggal dunia.

“Sebaliknya, wanita seharusnya diberikan pertimbangan dalam penyertaan sekurang-kurangnya 30 peratus untuk kerusi pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun Chong Eng berkata, jika BN masih enggan untuk memberi perhatian mengenai perkara itu, sudah pasti wujudnya keraguan sama ada BN benar-benar komited mencapai kesaksamaan gender.

Ini katanya, termasuk kemampuan Perdana Menteri untuk mencapai penyertaan wanita sebanyak 55 peratus dalam guna tenaga seperti yang dijanjikan.

“Oleh itu, saya meminta agar Kerajaan mewujudkan Suruhanjaya ini sebelum berakhirnya musim pilihan raya.

“Ini juga membolehkan Malaysia mencapai 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan di setiap peringkat dalam Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW),” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan