Ahli Parlimen Gesa NCER Dikaji Semula

Diterbitkan: Rabu, 27 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mengkaji dan menyemak semula projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kerana kebanyakan projeknya bertindih dengan agensi-agensi sedia ada sehingga menyebabkan berlaku kegagalan dan pembaziran wang.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan isu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) di Dewan Rakyat hari ini menggesa perhatian serius diberikan terhadap perkara berkenaan bagi mengelakkan pembaziran terus berlaku.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober lepas mengumumkan bahawa NCER telah memperuntukkan RM133 juta, antaranya untuk membangunkan pusat pemprosesan hasil pertanian, infrastruktur pelancongan dan pusat inkubator bioteknologi.

Cadangan Mohamad itu turut disokong Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) yang berpendapat bahawa kegagalan projek-projek NCER berlaku kerana agenda asal tidak diberi fokus yang sewajarnya sehingga mengganggu projek Kawasan Pembangunan Pertanian Muda (Mada) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

"Blueprint yang dibuat ketika itu tidak dilakukan dengan begitu terperinci, menyebabkan projek-projek di bawah NCER yang berlaku sekarang ini bertindih dengan agensi kerajaan seperti mana yang berlaku di Langkawi, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis," katanya mencelah perbahasan Mohamad.

Menurut Ismail, NCER perlu balik kepada 'blueprint' asal di mana Sime Darby menjadi peneraju utama dalam memainkan peranan untuk membangunkan wilayah seperti mana yang dirancang oleh kerajaan.

Sementara itu, Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula berkata, kebanyakan perancangan NCER tidak dibincangkan di peringkat daerah sehingga menyebabkan perancangan yang dibuatnya lain dan akhirnya bertembung sesama sendiri.

"Oleh itu saya berharap setiap rancangan yang dibuat perlu ada perbincangan yang sewajarnya," katanya. Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan