Wanita Muda Perlu Berani Libatkan Diri Dalam Bidang Keusahawanan - Rosmah

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menggesa lebih ramai wanita muda agar berani melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan bagi menjayakan Pelan Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan kerajaan.

Beliau berkata penglibatan wanita secara aktif dapat menggerakkan model ekonomi itu dan secara tidak langsung membuka lebih banyak ruang untuk menceburi peluang penjanaan ekonomi dan keusahawanan yang lebih berdaya saing serta menguntungkan.

"Saya percaya wanita muda di negara ini telah bersedia untuk bersama-sama melakukan tranformasi dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan menyahut cabaran kerajaan untuk mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti," katanya ketika berucap merasmikan Forum Usahawan Wanita Muda Malaysia (MYFREN), di sini, Selasa.

Sehubungan itu, beliau berharap agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dapat memberi lebih kepercayaan dan ruang kepada golongan wanita muda agar mendapat peluang yang sama rata dalam kemudahan kewangan dan peluang perniagaan.

"Bagi memastikan kita mampu untuk menghadapi serta menangani cabaran-cabaran baru di peringkat tempatan dan global, usahawan wanita muda perlu membina impian kerana 'the power of dream' akan menjadi sumber semangat dan kekuatan para usahawan," katanya.

Dalam pada itu, katanya, wanita muda mesti menunjukkan kemampuan untuk membina rangkaian, berkomunikasi secara berkesan dan sentiasa peka dengan keadaan persekitaran selain menguasai ilmu dan kemahiran keusahawanan.

Di samping itu, Rosmah menyarankan agar usahawan wanita muda membina perkongsian pintar dengan turut sama bekerja dan menguasai kemahiran yang diperlukan, bukan sekadar mengharapkan rakan kongsi bekerja keras.

Beliau berkata laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati perkembangan ekonomi berkait rapat dengan kemajuan wanita di beberapa negara maju.

Katanya di Russia 64 peratus wanita mempunyai perniagaan sendiri, 38 peratus daripada syarikat perniagaan di Amerika Syarikat milik wanita, di Jepun 23 peratus daripada syarikat swasta dimiliki wanita manakala di China dan Eropah masing-masing 25 peratus wanita mengasaskan perniagaan sendiri.

Mengenai forum dua hari anjuran beberapa badan bukan kerajaan dan kementerian termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Rosmah berkata usaha itu bertepatan berikutan kira-kira 51 peratus daripada 80,000 usahawan wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun melibatkan diri dalam perniagaan.

Pengerusi forum berkenaan Datuk Noraini Ahmad dalam ucapannya pula berkata forum yang dianjurkan itu dapat menjadi platform dalam melahirkan sekurang-kurangnya 200 usahawan wanita pada setiap tahun.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan