Proses Penamaan Calon Parlimen Batu Sapi Bermula

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK)Parlimen Batu Sapi bermula pada pukul 9 pagi di Dewan Komuniti Sandakan di sini, Selasa.

Tempoh pencalonan adalah selama sejam, disusuli dengan tempoh bantahan selama sejam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding PRK, yang ditetapkan pada 4 Nov ini, oleh pegawai pengurus pilihan raya Mohamad Hamsan Awang Supain.

Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong Barisan Nasional (BN) untuk mengiringi calon parti itu, Datin Linda Tsen Thau Lin di pusat penamaan itu.

Linda, 54, merupakan balu kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Anggota Parlimen Batu Sapi, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu di Kota Kinabalu.

Parti pembangkang Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan peguam Ansari Abdullah, 56, sebagai calon parti itu.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PKR.

Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal pukul 5.45 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.

Anggota polis ditempatkan di sepanjang jalan sempit menuju ke pusat penamaan bagi mengawal lalu lintas serta memastikan tiada kejadian tidak diingini tercetus di luar dewan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan