N45 Galas: Perang Psikologi Bermula - Berita Semasa | mStar

N45 Galas: Perang Psikologi Bermula

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: PAS dan Barisan Nasional (BN) masing-masing menyifatkan parti mereka sebagai calon bukan pilihan atau 'underdog' pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November depan.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh pemimpin kedua-dua parti dan menyifatkan saingan dua penjuru itu perlu diberi perhatian serius tanpa mengambil mudah kekuatan pihak lawan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, BN menyifatkan mereka sebagai 'underdog' kerana terpaksa berusaha keras bagi merampas semula kerusi DUN Galas daripada PAS.

"BN adalah calon underdog yang sebenar, kami kalah di kerusi ini dalam pilihan raya yang lalu...kami perlu kerja keras untuk memenangi hati rakyat.

"Kerusi ini milik PAS, namun BN akan lakukan yang terbaik dalam pilihan raya kali ini," katanya ketika ditemui media pada proses penamaan calon di sini, Selasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengambil pendekatan dengan meletakkan sasaran permulaan sokongan 48 peratus terhadap parti itu.

"Kita bergerak berundur ke belakang, kita meletakkan (sasaran permulaan sokongan) 48 peratus kepada PAS.

"PAS tak meletakkan 50 peratus kerana dalam pilihan raya seperti ini kita tak berdepan dengan satu parti, tapi berdepan dengan komponen BN dan seluruh jentera kerajaan," ujarnya.

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata PAS tetap berkeyakian untuk mengekalkan kedudukan merkea di kerusi DUN Galas.

"Peluang kita Insya-Allah baik, pertama kita bergantung kepada kemampuan kerajaan negeri yang telah memerintah selama 20 tahun. Keadaan ini mempengaruhi keadaan di Gua Musang yang tak pernah kita menang kecuali pilihan raya umum 2008.

"Melalui kajian, kita dapati calon kita iaitu Dr Zulkefli walaupun tak menang dengan Tengku Razaleigh (Hamzah), tapi bagi DUN Galas, undinya menang... ini satu kedudukan yang baik," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan