N45 Galas: PAS Lawan BN - Berita Semasa | mStar

N45 Galas: PAS Lawan BN

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November ini seperti dijangka menyaksikan saingan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

BN diwakili Ab Aziz Yusoff, 49, manakala PAS diwakili Zulkefli Mohamed, 44.

Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Galas, Wan Mustapha Abd Hamid membuat pengumuman tersebut di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang pada Selasa.

Pencalonan Ab Aziz yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang dicadang oleh Mohd Azmi Mahmood dan disokong oleh Chong Kam Siong.

Sementara itu pencalonan Zulkefli yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang dicadang oleh Mohamed Noor Awang Hamat dan disokong oleh Abdullah Hussein.

"Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan kejayaan PAS pada pilihan raya kecil kali ini. Saya yakin jentera parti akan digerakkan agar kerusi ini kekal menjadi milik PAS," kata Zulkefli kepada pemberita selepas ditemui di pusat penamaan calon di Gua Musang, pada Selasa.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Che Sulaima, 46, dari PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Bagi Ab Aziz, ini merupakan kali pertama beliau dipilih bertanding di kawasan DUN, sekaligus menjadikannya sebagai muka baru yang diberi mandat oleh kepimpinan Umno.

Berbeza dengan calon BN, Zulkefli yang juga seorang doktor adalah muka lama yang berpengalaman dan pernah bertanding di Parlimen Gua Musang sebanyak dua kali, iaitu pada pilihan raya umum 2004 dan 2008, namun tewas di tangan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Biarpun pernah tewas, kepimpinan PAS ternyata mempunyai keyakinan kukuh terhadap calonnya itu kerana Dr Dzulkefli pernah mengalahkan Ketua Umno Gua Musang di DUN Galas pada 2008 dengan kelebihan 317 undi.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan