Lebih RM435,000 Dikeluarkan Secara Tidak Sah Di Tabung Haji

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM435,850 telah dikeluarkan melalui 113 proses transaksi yang tidak sah melibatkan 56 akaun pendeposit Lembagai Tabung Haji (LTH) di lima buah negeri bagi tahun 2007 hingga tahun lepas, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Sabah mencatatkan kes pengeluaran tidak sah tertinggi melibatkan 46 akaun dan jumlah pengeluaran RM355,100, diikuti Wilayah Persekutuan, Terengganu, Melaka dan Selangor.

Menurut laporan itu, antara punca kes pengeluaran wang tidak sah adalah wujudnya pakatan antara juruwang dan penyelia bagi membuat pengeluaran wang tanpa pengetahuan atau kehadiran pendeposit serta kecuaian penyelia untuk mengesahkan kehadiran pendeposit.

Selain itu, maklumat pendeposit seperti nombor akaun, nama dan baki akaun juga dapat diakses oleh juruwang walaupun LTH telah mengeluarkan arahan kerahsiaan maklumat akaun pendeposit pada 2008.

Justeru, LTH diingatkan agar memastikan kawalan dalaman dipatuhi dan beroperasi dengan baik untuk mengelakkan penyelewengan pada masa hadapan, selain melakukan penambahbaikan secara berterusan supaya pengurusan akaun pendeposit dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Laporan itu juga menyatakan sebanyak 100 kes pengeluaran melebihi baki akaun telah berlaku dari 2001 hingga 2009 yang melibatkan sejumlah RM115,191.

"Analisis audit mendapati 55 kes disebabkan kesilapan maklumat potongan gaji oleh majikan, cek ditolak bank (15 kes), perbelanjaan haji (15 kes) dan punca lain seperti simpanan dan pengeluaran di Mekah dan Jeddah (15 kes)," kata laporan itu.

Laporan itu turut memaklumkan bahawa bilangan pendeposit baru Tabung Haji telah meningkat kepada 617,614 orang pada 2009 berbanding 310,739 orang pada 2008.

Ini menjadikan bilangan pendeposit terkumpul seramai 5.36 juta orang pada 2009.

Dengan itu, Kumpulan Wang Pendeposit mencatatkan peningkatan dari RM20.58 bilion pada 2008 ke RM23.59 bilion pada tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan