Jangan Terpengaruh SMS Bantah Lawatan PM India Ke Brickfields Esok

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan penyebaran SMS mengenai satu perhimpunan membantah lawatan Perdana Menteri India Manmohan Singh merasmikan "Little India" di Brickfileds esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman dalam kenyataan hari ini berkata, SMS itu memaklumkan perhimpunan berkenaan akan diadakan di hadapan Sri Kota, Brickfileds dan mereka yang terlibat dikehendaki memakai baju berwarna hitam.

"Polis tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan ini, serta tiada sebarang permit dikeluarkan bagi mengadakan perhimpunan.

"Justeru itu, orang ramai diingatkan agar tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia merupakan kesalahan di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, perhimpunan haram itu akan mengganggu keselesaan orang ramai, kesesakan lalu lintas dan dikhuatiri ia juga akan mendatangkan ketegangan dan membahayakan keselamatan awam. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan