DAP Persoal Keputusan Subjek Sejarah Diumum Pada Perhimpunan Umno - Berita Semasa | mStar

DAP Persoal Keputusan Subjek Sejarah Diumum Pada Perhimpunan Umno

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke mempersoalkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sewaktu Perhimpunan Agung Umno Ke-61.

Beliau berkata, kenapa perkara penting itu diumumkan di Perhimpunan Agung Umno sedangkan ia sepatutnya dibawa ke Kabinet bukan media.

“Apa yang saya ingin sampaikan adalah konsep perkongsian kuasa Barisan Nasional (BN) adalah palsu. Parti komponen lain di bawah BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dipinggirkan dalam menentukan dasar kerajaan.

“Umno yang menentukan segala-galanya. Ia hanya diumumkan di hadapan beberapa Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno dan bukan melalui rundingan di Kabinet,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini pada Selasa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013 sewaktu menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 pada Sabtu.

Pada masa ini, subjek Sejarah adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar sekolah menengah tetapi tidak wajib lulus.

Anthony yang juga Ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, dasar seumpama itu amat penting dan sudah tentu memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Ini katanya, ia sepatutnya perlu melalui rundingan di Kabinet, di kalangan rakyat dan berharap agar Muhiyiddin mengkaji semula keputusan itu.

“Kita bukan mahu menyentuh perkara baik buruk sama ada menetapkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus atau tidak tetapi sekurang-kurangnya ia perlu mendapat rundingan dan kajian di Kabinet dan di kalangan rakyat.

“Ia seharusnya perlu dirundingkan secara bersama sebelum sebarang keputusan dilakukan,” katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan