Agong Sampaikan Pingat, Darjah Kebesaran Kepada 269 Penerima

Diterbitkan: Selasa, 26 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 269 orang hari ini menerima pingat dan darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini.

Mendahului senarai penerima pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Kebesaran itu ialah Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara Tan Sri Andrew Sheng Len Tao yang dianugerahi darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Turut menerima darjah P.S.M ialah Penasihat Korporat Tradewinds Malaysia Bhd Tan Sri Dr Mohd Noor Ismail dan Pengarah Urusan Andamy Plantations Sdn Bhd Tan Sri Liew Sui Fatt.

Selain itu, tiga penerima darjah Panglima Jasa Negara (P.J.N) yang membawa gelaran 'Datuk' ialah Pengerusi Lembaga Promosi Kesihatan Toh Puan Dr Aishah Ong, Pengarah Eksekutif TNL Engineering Sdn Bhd Datuk Teo Geck Heng dan Pengerusi Sri Maha Mariamman Temple Kuala Lumpur Datuk Nadraja Ratnam.

Lima orang menerima darjah Johan Mangku Negara (J.M.N) iaitu Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Tajudin Don, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Abdul Wahab Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah 2 Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri Adenan Abdul Rahman, Pesara Negeri Sembilan Shahmin Ta Abdullah dan Ketua MCA Kuala Selangor Tan Chong Seng.

Dalam istiadat itu, tujuh orang menerima darjah Johan Setia Mahkota (J.S.M), 56 orang menerima Kesatria Mangku Negara (K.M.N), 78 orang menerima Ahli Mangku Negara (A.M.N) dan 117 orang menerima Pingat Pangkuan Negara (P.P.N).

Mereka adalah antara penerima pingat dan darjah kebesaran sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan