Wanita Umno Guna Pendekatan Serba Sederhana, Ikhlas Pikat Pengundi Galas

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pergerakan Wanita Umno akan mengamalkan pendekatan serba sederhana dan ikhlas bagi memikat hati pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata jentera pergerakan itu sudahpun membuat persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan berkenaan pada 4 November ini dan akan mengetengahkan jentera yang kuat bagi menjalankan gerak kerja parti di kawasan itu.

"Wanita Umno ikhlas dalam perjuangan dan perjuangan ini adalah untuk jangka masa panjang," katanya pada pada satu persidangan media selepas melancarkan Elaun Bulanan 1Azam di Pejabat Pos Besar dekat sini, pada Isnin.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, akibat kanser usus pada 27 September lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan