Takungan Empangan Bakun Diteruskan Walau Paras Sungai Rajang Susut - Awang Tengah

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SONG: Kerajaan tidak akan menghentikan proses menakung air di Empangan Bakun bagi menangani masalah paras air yang susut di Sungai Rajang terutamanya antara Kapit dan Belaga.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Awang Tengah Ali Hassan bagaimanapun mengakui kerajaan negeri tidak menjangka tahap air sungai akan menyusut ke paras sekarang.

"Kami mengeluarkan permit untuk memulakan penakungan bulan ini berasaskan kajian dan laporan cuaca yang menunjukkan sepatutnya kita sekarang berada pada musim monsun.

"Kita menjangka hujan lebat seminggu selepas penakungan bermula, tetapi tanpa diduga cuaca kering berlaku," katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, memandangkan projek itu sudah bermula kerajaan negeri tidak boleh mengubah semula keputusan tersebut.

Beliau berkata sejumlah air juga telah dilepaskan daripada Bakun untuk mengekalkan paras di Sungai Rajang kepada 43 aras laut purata (MSL).

"Paras terendah yang dicatatkan adalah di antara Kapit dan Belaga iaitu pada 41 MSL. Walaupun feri ekspress dan bot kargo tidak dapat mudik ke Belaga, sungai itu masih boleh dilalui perahu.

"Tetapi kawasan itu memang menghadapi masalah tersebut sebelum wujud Bakun lagi," katanya.

Awang Tengah berkata kerajaan negeri juga akan mendapatkan bantuan daripada kontraktor dan sektor swasta jika keadaan memerlukan.

Proses penakungan itu dijangka mengambil masa tujuh bulan dan dua minggu bagi mencapai paras ketinggian yang dikehendaki iaitu setinggi bangunan 44 tingkat meliputi kawasan seluas 69,000 hektar.

Sementara itu, Residen Kapit Dahim Nadot berkata beberapa sekolah di kawasan pedalaman dari Naga Merit ke Belaga kini berdepan masalah bekalan air selepas sumber air bawah tanah mereka kering.

"Mengenai bekalan makanan ke sekolah-sekolah tersebut, kontraktor masih menghantarnya seperti biasa tetapi kos pengangkutan kini tiga kali ganda berbanding biasa kerana mereka terpaksa hantar menggunakan bot, jalan darat dan disambung dengan bot semula.

"Kalau keadaan terus merosot, kita terpaksa meminta bantuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana untuk membolehkan barangan keperluan dihantar menerusi udara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan