Pakej Elaun Kepada Golongan Miskin Tegar Pedalaman Sarawak - Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menyediakan satu pakej khas membolehkan pemberian elaun bulanan kepada golongan miskin tegar dilaksanakan secara berkesan di pedalaman Sarawak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pakej khas dengan peruntukan RM66 juta yang akan dibentuk di bawah program inisiatif Elaun Bulanan Sementara 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bakal meliputi kawasan dan bilangan keluarga miskin tegar bagi negeri itu selaras dengan sasaran kementerian menyalurkan inisiatif itu kepada 23,000 isi rumah miskin tegar seluruh negara.

"Untuk Sarawak , kita perlu sedikit pakej yang berlainan (dari Semenanjung Malaysia) kerana kedudukan antara kawasan-kawasan lain adalah jauh. Kita akan perkemaskan jentera, mengadakan program khas termasuklah menggunakan pejabat Pos Malaysia di setiap kawasan negeri-negeri itu.

"Dengan cara tersebut, kita mahu memastikan serta memudahkan kesemua kumpulan sasar keluarga miskin tegar di bawah program 1AZAM ini mengambil elaun bulanan sementara mereka setiap bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 1AZAM peringkat kebangsaan di Pejabat Pos Besar Shah Alam, dekat sini.

Seramai 23,000 miskin tegar di seluruh negara dikenal pasti layak menyertai Program Teman 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) menerusi peruntukan sebanyak RM66 juta yang diluluskan oleh kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Shahrizat berkata mereka adalah keluarga yang berdaftar dalam sistem e-Kasih di bawah kementeriannya selain memperoleh pendapatan isi rumah kurang RM440 sebulan.

"Semua 23,000 keluarga ini akan diberi elaun bulanan mulai bulan ini sehingga Disember tahun ini. Pada tahun depan mereka akan terus menerima elaun bulanan berkenaan dengan syarat peserta itu mesti menyertai salah satu program yang dikhususkan untuk mereka.

"Elaun bulanan yang diterima oleh mereka juga berbeza dan bergantung kepada pendapatan isi rumah. Cuma jaminan kementerian ialah elaun yang diterima itu tidak akan kurang RM100," katanya.

Shahrizat berkata, keluarga yang tergolong dalam kategori miskin tegar akan dibantu mengikut program 1Azam yang terdiri daripada projek Azam Niaga, Azam Tani, Azam Kerja dan Azam Khidmat.

"Elaun bulanan mereka akan diteruskan sehinggalah peserta itu sudah mampu keluar dari kemiskinan dengan memperoleh pendapatan bulanan sendiri yang tetap," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan