NKRA Capai Prestasi Memberangsangkan Bagi Suku Pertama Tahun Ini - Devamany

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) secara keseluruhannya berjaya mencapai prestasi yang memberangsangkan bagi tempoh suku pertama tahun ini, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Enam bidang tersebut yang merupakan tulang belakang kepada Program Tranformasi Kerajaan (GTP) ialah meningkatkan pencapaian pelajar, mengurangkan kadar jenayah, membanteras rasuah, peningkatan pengangkutan awam, peningkatan infrastruktur asas luar bandar dan peningkatan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany berkata NKRA meningkatkan pencapaian pelajar menyaksikan seramai 54,569 kanak-kanak berpeluang ke sekolah menerusi 1,358 kelas prasekolah yang diwujudkan.

Selain itu, pengetua, guru dan murid di 9,816 sekolah rendah diberikan 'toolkit' selain melaksanakan pembangunan infrastruktur yang menjurus ke arah peningkatan pencapaian para pelajar, katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Menghurai lanjut, Devamany berkata NKRA mengurangkan jenayah pula menunjukkan indeks kadar jenayah berkurangan kepada 15.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Kadar jenayah jalanan juga menurun sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

"Ini menunjukkan prestasi amat baik oleh Kementerian Dalam Negeri dan juga Polis Diraja Malaysia kerana angka-angka ini telah meningkat sejak tiga tahun lepas tetapi berjaya dikurangkan pada tahun ini," katanya.

Bagi pencapaian NKRA membanteras rasuah, kerajaan telah meluluskan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat serta menyiarkan penganugerahan kontrak kerajaan dalam laman web Myprocurement oleh Kementerian Kewangan.

Selain itu, sebanyak 520 tangkapan membabitkan rasuah telah dibuat dari Januari hingga Mac tahun ini, dan daripada itu seramai 192 orang telah disabitkan kesalahan manakala nama mereka dipamerkan di laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC).

Bagi sasaran meningkatkan pengangkutan awam bandar, pelbagai inisiatif dibuat bagi mencapai sasaran 150 peratus menerusi peningkatan penggunaan bas BET (Bus Expressway Transit) di empat lebuh raya.

"Inisiatif ini berjaya mengurangkan tempoh perjalanan sebanyak 50 peratus manakala penggunaan bas meningkat sebanyak 12 peratus," katanya.

Devamany berkata peningkatan gerabak tren LRT kepada empat koc dapat menambah bilangan penumpang kepada 2.4 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

NKRA meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah pula menyaksikan kadar miskin tegar berjaya dikurangkan kepada 46 peratus iaitu pengurangan sebanyak 23,679 isi rumah.

"Kemajuan ini amat baik dan sekiranya ia berjalan dengan kadar yang sama jumlah miskin tegar dapat dikurangkan kepada sifar menjelang hujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Shamsul Anuar yang ingin tahu pencapaian terkini Program Transformasi Ekonomi (ETP), beliau berkata 25 projek permulaan (EPP) untuk masyarakat luar bandar bakal menjana pulangan sebanyak RM66 bilion menerusi penambahan peluang pekerjaan dan peningkatan taraf kehidupan masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan