Najib Gesa Perubahan Ekonomi

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membuat perubahan ekonomi dalam rangka untuk mencapai kedudukan yang setara dengan kumpulan negara yang telah mencapai status negara berpendapatan tinggi, pada 2020.

Bagaimanapun, usaha untuk mencapai aspirasi tersebut bukanlah mudah kerana jalan untuk mencapainya sangat mencabar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan Program Transformasi Ekonomi: Hala Tuju untuk Malaysia, di sini Isnin.

Najib berkata dalam kedudukan Malaysia hari ini, jika rakyat tetap pada jalur yang sama, negara akan melalui jalan yang sukar untuk terus meningkatkan pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup.

"Namun, jika kita melipatgandakan usaha untuk menarik pelaburan, memacu peningkatan dalam produktiviti dan terus berinovasi, kita akan dapat bersaing dengan jayanya dalam ekonomi global dan mencapai status berpendapatan tinggi," tambahnya.

Kerajaan komited dalam mencapai visi negara dengan memperkenal dan melaksanakan program yang boleh memperkasakan ekonomi negara seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan dan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, serta persediaan asas Model Baru Ekonomi.

Menurut Najib, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap bidang di mana negara memiliki kelebihan daya saing dengan memberi keutamaan kepada pelaburan dana awam dan sokongan dasar untuk memacu pertumbuhan utama, seperti 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

"Ini juga bermakna peranan kerajaan dalam pendekatan terhadap pertumbuhan ekonomi perlu ditukar daripada peneraju utama kepada penyokong dan pemudahcara manakala pertumbuhan diterajui oleh sektor swasta," katanya.

Hala tuju ETP yang dibina bersandarkan hala tuju dasar, strategi dan program dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, mengandungi sasaran yang mantap untuk membangunkan idea kepada tindakan yang akan menghasilkan pertumbuhan setiap NKEA.

"Projek untuk menerajui pertumbuhan dalam bidang ekonomi dipilih berdasarkan analisis kewangan dan ekonomi yang mendalam, bagi memastikan bahawa rakyat Malaysia mendapatkan nilai terbaik daripada dana yang dilaburkan oleh kerajaan," kata Najib.

Untuk memastikan kejayaan ETP, Najib menggesa setiap rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam rancangan transformasi untuk masa depan generasi dan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan