N45 Galas: Hanya Logo PAS Dibenarkan

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Parti komponen Pakatan Rakyat dilarang menggunakan logo parti masing-masing kecuali PAS sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang akan diadakan pada 4 November depan.

Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah berkata, larangan itu selaras dengan peraturan bahawa hanya parti yang bertanding dibenarkan menggunakan logo sepanjang tempoh berkempen.

"Dalam situasi Pakatan Rakyat, hanya PAS boleh gunakan logo mereka sebagai bahan kempen jika mereka disahkan bertanding... logo parti lain seperti DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) tidak dibenarkan kerana gabungan mereka tidak disahkan oleh pentaftar pertubuhan.

"Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), parti komponen lain dibenarkan memasang atau menggunakan logo parti masing-masing kerana gabungan mereka didaftarkan secara sah," katanya ketika taklimat media di sini, Isnin.

Tambah Moordin, pasukan penguat kuasa terdiri daripada SPR, polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan membuat pemantauan dan berhak menurunkan logo-logo parti yang melanggari arahan berkenaan.

"Pasukan kita akan buat pemantauan dari masa ke masa dan akan mengambil tindakan dengan menurunkan logo-logo parti yang tidak berkenaan sepanjang tempoh kempen yang akan bermula esok," katanya.

Sementara itu, Noordin turut mengingatkan orang ramai dan penyokong parti agar tidak hadir terlalu ramai ke pusat penamaan calon yang akan diadakan di Dewan Sivik di sini esok.

Menurutnya, bagi mengelakkan ketegangan, penyokong BN dan PAS dibenarkan berkumpul di lokasi berbeza.

Penyokong BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati manakala penyokong PAS akan berkumpul di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

"Penyokong kedua-dua parti itu juga akan dipisahkan sejauh kira-kira 180 meter di hadapan pusat penamaan calon di Dewan Sivik.

"Langkah ini bertujuan mengelakkan pertembungan kedua-dua pihak, kita tak mahu perkara tidak diingini berlaku," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas dijangka menyaksikan saingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang wakil bebas.

BN menamakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff, 49, sebagai calon manakala PAS menurunkan Pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan