Lebuhraya Smart Ditutup Tujuh Jam Mulai Pukul 11 Malam Selasa

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Smart akan ditutup kepada lalulintas mulai 11 malam Selasa sehingga pukul 6 pagi Rabu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini berkata penutupan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuhraya berkenaan.

Menurut kenyataan itu lagi orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol Smart 1-300-88-7188 untuk sebarang pertanyaan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan