Kereta Api KLIA Ekspres dan KLIA Transit Ke Lapangan Terbang Masih Beroperasi

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit Express Rail Link (ERL) masih beroperasi seperti biasa dan hanya perkhidmatan aerotraine dihentikan sementara untuk penyelenggaraan.

Menurut Express Rail Link Sdn Bhd, pengumuman oleh Malaysia Airports baru-baru ini mengenai penghentian perkhidmatan aerotrain telah menyebabkan kekeliruan kepada orang awam.

"Berdasarkan kepada pertanyaan yang diajukan kepada talian pertanyaan pelanggan syarikat, ada sesesetengah orang telah tersilap menganggap kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit ERL dihentikan sedangkan sebenarnya ia tetap beroperasi," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang menghubungkan bangunan utama dan satelit itu akan digantung perkhidmatannya dari 1 Nov, 2010 sehingga 15 Mac, 2011 untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.

Sementara itu, perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit akan terus beroperasi mengikut jadual harian seperti biasa.

Pihak berkuasa lapangan terbang akan menyediakan bas perantara percuma untuk mengangkut penumpang dari terminal utama ke bangunan satelit dan sebaliknya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan