Jadikan Subjek Sejarah Lebih Bermakna - Khoo

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pembelajaran mata pelajaran Sejarah tidak akan membawa erti kepada para pelajar sekiranya mereka hanya menghafal fakta untuk menghadapi peperiksaan, kata ahli sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim.

"Guru-guru sepatutnya memberi ruang kepada para pelajar untuk menanya soalan dan berdiskusi semasa pengajaran mata pelajaran Sejarah," katanya.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu mengenai subjek berkenaan yang akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2013 selain ia turut bakal dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014.

Khoo ditanya sama ada Sejarah adalah subjek yang diajar semata-mata untuk peperiksaan.

Beliau turut kesal kerana kebanyakan pelajar mempelajari tentang kemerdekaan negara tetapi tidak pernah menjejakkan kaki di tapak pengisytiharan kemerdekaan negara tersebut.

"Pengajaran subjek Sejarah tidak sepatutnya terhad di kelas-kelas," katanya.

"Sebaliknya, guru-guru sepatutnya membawa para pelajar melawat tempat-tempat seperti bangunan Sultan Abdul Samad dan Muzium Negara untuk membolehkan mereka merasai apa yang telah dipelajari di buku-buku teks."

Sambil menyambut baik pengumuman tersebut, Profesor Khoo memberitahu, langkah tersebut sememangnya dinanti-nantikan kerana generasi muda tidak begitu memahami sejarah negara.

Timbalan Menteri Pendidikan dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, objektif menjadikan subjek Sejarah wajib lulus di peringkat SPM adalah demi perpaduan nasional.

"Kami ingin para pelajar dan rakyat secara amnya memahami sejarah dan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, ahli akademik dan pakar sejarah yang dilantik untuk menyusun semula isi kandungan buku teks Sejarah perlu neutral dari sebarang ikatan politik.

Jelasnya, ini bagi memastikan ia dibuat secara bertanggungjawab dan objektif.

"Sejarah bukan merupakan topik saintifik dan ia boleh ditokok-tambah oleh pihak berkedudukan untuk menulisnya," katanya.

Dalam pada itu, penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun Sejarah ialah mata pelajaran penting, langkah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus boleh membantu pelajar-pelajar tempatan menjadi lebih kompetitif secara global.

"Meskipun ia dijadikan subjek wajib, buku-buku teks Sejarah seharusnya menggambarkan kepelbagaian kebudayaan dan kelainan kaum," katanya selepas menghadiri konvensyen DAP Johor pada Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan