Dua Syarikat Lancar Akses Internet 100Mb/s Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata dua syarikat akan menawarkan akses Internet 100Mb/s (megabit sesaat) pada Mac tahun depan.

"Mereka sedang menjalankan pengujian teknikal sekarang," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 42Mb/s U Mobile Sdn Bhd di sini pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan nama-nama syarikat berkenaan.

Rais berkata kementerian itu beriltizam untuk memperluas sambungan Internet di negara ini, khususnya di kampung-kampung dan kampung-kampung baharu, dengan penyertaan sektor swasta.

Beliau berkata perkhidmatan U Mobile berupaya menawarkan kelajuan sambungan dalam talian hingga 42Mb/s, dan ini merupakan jalur lebar terpantas di negara ini setakat ini, selaras dengan agenda kerajaan untuk menambahbaik capaian jalur lebar.

"Setiap tahun, kita menyaksikan peningkatan sebanyak satu hingga dua juta pengguna Internet.

"Berdasarkan kajian-kajian kebelakangan ini, ada 17 juta pengguna di Malaysia atau 65 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif U Mobile, Dr Kaizad Heerjee, berkata syarikat itu akan menggunakan sambungan HSPA+ (Akses Paket Berkelajuan Tinggi) sel berkembar yang membolehkan rangkaian menghantar dan menerima data-data tanpa wayar dengan menggunakan dua saluran serentak bagi mencapai kelajuan muat turun hingga 42Mb/s.

"Titik sambungan pertama ialah di Berjaya Times Square, diikuti oleh penyediaan perkhidmatan secara komersial dalam Lembah Klang, bermula dengan Subang Jaya dan kawasan Sunway serta Pulau Pinang dan Johor menjelang akhir tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan