Bandar Gua Musang Alami Gangguan Bekalan Elektrik

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Bekalan elektrik di Bandar Gua Musang hari ini terganggu selama sejam berikutan beban penggunaan yang tinggi apabila bandar itu menjadi tumpuan ramai menjelang pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan, Datuk Zulkffli Abd Rahaman berkata penggunaan elektrik meningkat apabila bandar ini dipenuhi penduduk dari serata negeri dan ini menambah beban terhadap proses penyaluran bekalannya.

"Gangguan seperti ini tidak dapat dielakkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Isnin.

Selain itu, katanya, beberapa gangguan kecil selama beberapa minit yang berlaku hari ini juga turut berpunca dari kerosakan kabel elektrik di bandar berkenaan.

"Sedikit kerosakan kabel telah berlaku semalam yang turut menyebabkan bekalan elektrik terputus di bandar Gua Musang malam tadi.

"Bagaimanapun ia sedang dalam proses pembaikan dan gangguan kecil yang berlaku hari ini mungkin juga disebabkan proses pembaikan yang sedang dijalankan pihak kita," katanya.

Zulkffli berkata TNB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku dan meminta penduduk bersabar sekiranya beberapa gangguan masih lagi berlaku sementara proses pembaikan selesai. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan