Balak Di Perairan Tasik Kenyir Bernilai Jutaan Ringgit - MB

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri kini berusaha mengeluarkan kayu balak yang masih terbenam di perairan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Beliau berkata pembalakan dalam air di kawasan itu dijalankan kerana nilai balak bermutu tinggi berkenaan dijangka mencecah ratusan juta ringgit.

"Balak bawah air di Tasik Kenyir masih banyak namun usaha untuk mengeluarkannya memerlukan kos yang terlalu tinggi dan berbahaya.

"Sekarang (kayu balak) masih banyak lagi di bawah air, kita masih usahakan (untuk di bawa keluar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan The News Strait Times Press (NSTP) di sini pada Isnin.

Ahmad berkata pembalakan di Tasik Kenyir dilakukan sebelum bermulanya pembinaan empangan kedua yang dirancang di situ.

Katanya penebangan kayu balak pelbagai jenis itu perlu diselesaikan sebelum air ditakungkan untuk pembinaan empangan kedua berkeluasan 17,000 hektar yang kini dalam proses pembersihan tapak.

Katanya ia juga merugikan kerajaan negeri sekiranya hasil yang boleh memberi pendapatan tambahan kepada kerajaan itu dibiarkan begitu sahaja.

Sebelum ini, Persatuan Penguasa Bot Pelancong Tasik Kenyir (KELABA) membantah kegiatan pembalakan dalam air di sekitar kawasan perairan Taman Negara di Gua Bewah Tasik Kenyir, yang didakwa menyebabkan pencemaran air dan memusnahkan keindahan semula jadi kawasan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan