40 Tren Kini Beroperasi Di Laluan LRT Kelana Jaya Pada Waktu Puncak

Diterbitkan: Isnin, 25 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan sebanyak 40 tren kini beroperasi pada waktu puncak di sepanjang laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang dikendalikan anak syarikatnya, Rapid KL.

Pengarah urusan Kumpulan Prasarana Shahril Mokhtar berkata, bilangan tren itu berjaya mengurangkan tempoh kekerapan di waktu puncak kepada 2.37 minit, berbanding 3.3 minit pada akhir tahun lepas.

"40 tren yang beroperasi ini menggabungkan 24 tren dua gerabak dan 16 tren empat gerabak. Kekerapan 2.37 minit yang dicapai sekarang adalah kekerapan setelah mengambil kira aspek keselamatan dan platform yang boleh digunakan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau berkata sebelum ini, Rapid KL memberi komitmen kepada kerajaan untuk mengurangkan tempoh kekerapan tren daripada 3.3 minit kepada 2.5 minit setiap satu, selepas semua 25 tren empat gerabak tiba pada April 2011.

Katanya, tempoh 2.37 minit adalah melebihi sasaran yang ditetapkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu 2.5 minit, dan sebelum tren empat gerabak diperkenalkan, laluan Kelana Jaya beroperasi dengan jumlah maksimum 32 tren pada waktu puncak.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah 40 tren yang beroperasi ketika ini akan dikaji semula, bergantung kepada keperluan serta faktor kepadatan, dan sehingga kini, sebanyak 18 tren empat gerabak telah diterima bagi laluan Kelana Jaya.

Shahril berkata tren empat gerabak bagi laluan itu mula beroperasi pada 30 Dis tahun lepas, dan sehingga kini, berjaya meningkatkan jumlah penumpang sebanyak 6.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh sama pada 2009.

Beliau berkata gabungan tren dua gerabak dan empat gerabak yang beroperasi, memberikan keselesaan kepada penumpang kerana kepadatan di waktu puncak berjaya dikurangkan kepada bawah 80 peratus, berbanding 140 peratus sebelum ini, sekaligus bakal menarik lebih ramai pengguna kepada perkhidmatan tersebut.

Secara purata, laluan LRT Kelana Jaya membawa 179,000 penumpang setiap hari, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan