Palanivel Mampu Kekal MIC Dalam Keadaan Sempurna: Samy Vellu

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berkata beliau yakin parti itu akan kekal dalam keadaan sempurna selepas beliau menyerahkan pucuk kepimpinan parti itu kepada timbalannya Datuk G.Palanivel pada Januari depan.

Beliau menolak desas-desus bahawa MIC akan terjerumus dalam kancah kecelaruan dan perbalahan sesama sendiri selepas pemimpin veteran itu berundur daripada jawatan nombor satu itu.

"Datuk Palanivel akan mampu memimpin parti itu dengan baik," kata bekas Menteri Kerja Raya itu mengenai Palanivel, bekas setiausaha akhbarnya itu, dalam rancangan bual bicara Tamil di RTM, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta jika penggantinya mampu mengekalkan perpaduan parti selepas dia Samy Vellu) tidak lagi menjadi presiden parti terbesar kaum India itu.

Adalah dilaporkan bahawa ramai pemimpin MIC dan anggota bimbang tanpa ketiadaan kepimpinan Samy Vellu yang tegas dan disiplin itu, parti itu akan berpecah dan hilang daripada arena politik negara.

Samy Vellu juga melahirkan kebimbangannya terhadap suasana politik komunal yang diamalkan oleh kelompok tertentu dalam komuniti India.

Katanya 'pemikiran eksklusif' dengan memperkenalkan diri berdasarkan lebih kepada kumpulan etnik masing-masing seperti Tamil, Malayalam, Telegu dan Sikh daripada rakyat India akan hanya membahagikan masyarakat itu.

"Jika keadaan ini berterusan, masyarakat India akan hanya mengalami kegagalan baik dari segi politik mahupun ekonomi," kata pemimpin berusia 74 tahun itu.

Katanya beliau telah berjaya menyatupadukan MIC tetapi bimbang dengan pengasingan dalam masyarakat India.

Pandangannya itu merujuk kepada pemimpin India yang bersikap komunal dari pelbagai kumpulan etnik dalam komuniti India yang sejak beberapa bulan lepas telah mengadakan perhimpunan besar etnik masing-masing.

Samy Vellu berkata komuniti India mempunyai peluang lebih baik mendapatkan bahagian mereka dalam pembangunan ekonomi negara jika kekal sebagai entiti tunggal dengan bergerak sebagai satu kumpulan dengan satu suara.

Katanya MIC akan bertindak sebagai pengawal dan menyelia kebajikan dan kesejahteraan masyarakat India di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan