Najib Akan Umum Perubahan Dalam Kepimpinan Umno

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan perubahan dalam kepimpinan parti di beberapa peringkat bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau menegaskan, penstrukturan semula dalaman tersebut sebagai pelengkap kepada transformasi parti dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat.

"Dalam masa terdekat, saya akan buat perubahan kepada pimpinan Umno di peringkat tertentu. Yang kaki hantuk, jawatankuasa mandi, jangan buat kerja macam ini lagi kerana akan dipencenkan menjelang PRU ke-13.

"Semoga dengan perubahan ini akan lengkapkan transfomasi kita," katanya semasa sesi penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Sabtu.

Najib menegaskan, kemenangan pada PRU ke-3 amat penting dan Putrajaya mesti dipertahankan dari dirampas oleh pembangkang.

Kata beliau, hanya Umno yang akan menyelamatkan Melayu dan masa depan bukan pihak lain. Dalam pada itu Najib berkata, tema bagi model transformasi dalam parti ialah 'Umno dahulukan rakyat'.

Kata beliau, proses perubahan itu telahpun bermula sejak wujudnya Umno melalui tiga peristiwa penting iaitu penubuhan, pengharaman dan pindaan perlembagaan parti. Sehubungan itu, melalui perhimpunan ini beliau menggariskan tujuh intipati transformasi yang mesti dilakukan oleh ahli- ahli pari bagi memantapkan survival Umno.

"Pertama, tentukan maruah parti lebih besar daripada kepentingan diri sendiri selain yang penting dalam Umno ialah kerja sebagai satu pasukan seperti pasukan bola sepak bukan secara berkumpulan.

"Jangan amal budaya cantas mencantas sedangkan individu itu boleh menyumbang kepada parti, saya tidak mahu itu berlaku," jelasnya.

Tambah beliau, seterusnya ialah memenangi hati jiwa rakyat kerana Umno mahu inklusif. Ahli Umno pula, mestilah menjadi juara media baru dengan menguasai teknologi maklumat.

"Kita mesti jadi juara Facebook, twitter, Tun Dr. Mahathir Mohamad pun ada facebook," katanya lagi.

Intipati lain yang digariskan Perdana Menteri ialah menarik lebih empat juta pengundi baru supaya memilih Umno. "Kerana itu saya bersetuju supaya Pemuda Umno mewujudkan kumpulan pemikir bagi memastikan kita berjaya menarik pengundi baru ini. Yang lama-lama biarkan mereka dalam bakul tak kira Umno atau PAS atau parti lain," ujarnya lagi.

Beliau menambah, bagi melangkapkan proses perubahan Umno mestilah menuju sifar masalah dan mesti mendahulukan rakyat kerana hanya dengan cara itu sahaja Umno akan berjaya serta mendapat sambutan di kalangan rakyat.

Najib memberitahu empat tonggak kemenangan ialah kepimpinn nasional, negeri, parti dan calon.

"Yang empat ini mesti, positif macam bah besar di Pekan, Pahang," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan