Jangan Bangkit Lagi Isu Perlembagaan - Najib

Diterbitkan: Ahad, 24 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa pemimpin parti komponen lain tidak akan membangkitkan atau mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri juga berkata, beliau yakin komponen BN akan menghormati perkara tersebut selaras dengan semangat kerjasama dan persefahaman dalam parti.

"Mereka sudah beri persetujuan supaya perkara bersabit Perlembagaan tidak perlu diungkit oleh sesiapa sama sekali kerana saya sudah terang dengan sepenuhnya.

"Saya yakin mereka patut setuju dengan apa yang telah saya perkatakan... ia sesuatu yang berbentuk akademik," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno ke-61 ditangguhkan di sini, Sabtu.

Terdahulu dalam ucapan penangguhannya, Najib yang juga Presiden Umno mahu perdebatan atau perbincangan mengenai isu Perlembagaan khususnya berkaitan hak orang Melayu dihentikan segera.

Jelas Najib, semua pihak perlu melihat ke hadapan bahawa pelbagai cabaran perlu diharungi oleh semua kaum berdasarkan semangat 1Malaysia.

"Saya percaya kalau ini semangatnya, insya-Allah kita akan letakkan asas yang kukuh dari segi kestabilan politik untuk melonjakkan negara kita ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Ditanya sama ada tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang masih membangkitkan isu berkaitan Perlembagaan, Najib berkata: "Kita memang ada undang-undang, tapi kita kena tengok sejauh mana perkara itu dibangkitkan sama ada ia langgar undang-undang atau libatkan hasutan.

"Tapi mereka patut faham bahawa kalau persoalkan, perkara itu hanya akan jadi akademik... hanya buang masa."

Dalam pada itu, ditanya sama ada kenyataan bahawa beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang menemui rakyat di seluruh negara pada tahun hadapan menandakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam masa terdekat, Najib berkata perkara itu boleh diintepritasikan dalam pelbagai maksud.

"Yang penting bagi kita ialah untuk jumpa rakyat, saya telah beri tumpuan kepada kerja-kerja kerajaan selama setahun ini kerana negara berhadapan dengan krisis ekonomi yang serius... tapi kini sudah selesai, nampaknya pemulihan ekonomi sudah mantap menerusi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

"Jadi masuk awal tahun depan kita akan turun padang untuk melihat keadaan setempat," katanya.

Berhubung sama ada Umno akan menubuhkan sayap baru parti yang terdiri daripada golongan ulama, Najib berkata: "Ia sesuatu yang kita akan perhalusi dan kaji kebaikannya.

"Bagaimanapun perbincangan awal sudah dibuat, mereka menunjukkan minat yang kuat untuk sertai Umno."

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan