Teck Lee Calon Bukan Kejutan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak terkejut dengan keputusan Parti Maju Sabah (SAPP) meletakkan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calon pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi yang akan diadakan pada 4 November depan.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, perkara tersebut sudahpun dijangka sejak awal namun beliau yakin pengundi di kawasan tersebut bijak memilih calon yang benar-benar mampu membela nasib rakyat.

"Kita tidak terkejut dengan keputusan Yong Teck Lee untuk bertanding di Batu Sapi kerana kita sudah jangka dari awal-awal lagi.

"Yang penting ialah pengundi tahu pemimpin mana yang boleh membawa pembangunan, membela nasib rakyat di kawasan tersebut," katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

SAPP mengumumkan Teck Lee sebagai calon parti itu hari ini selepas perbincangan parti pembangkang Sabah itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal mencapai kata sepakat mengenai keputusan untuk bertanding di kawasan itu.

Bagaimanapun kata Musa, beliau tidak menolak kemungkinan pertandingan merebut kerusi Parlimen Batu Sapi bakal menyaksingan saingan lebih daripada tiga penjuru.

"Mungkin ada lebih daripada dua, mungkin juga tiga, mungkin juga lebih, ia tak menjadi masalah kalau SAPP atau PKR turut bertanding.

"Memang ramai yang berminat dengan kerusi Batu Sapi," katanya.

Musa juga berkata BN sudahpun memutuskan calonnya untuk bertanding di kerusi tersebut yang akan diumumkan di Sandakan esok.

"Kita sudah ada calon, esok kita akan umumkan pada pukul 2.30 petang di Sandakan... kita sudah maklumkan kepada Perdana Menteri dan beliau bersetuju," katanya.

Katanya lagi, calon yang dipilih itu merupakan anak tempatan yang diterima oleh rakyat.

"Calon itu anak jati Sandakan dan akan diterima oleh pengundi tempatan, dia tahu dan mengerti apa masalah orang Sandakan khususnya di Batu Sapi.

"Bukan calon yang datang dari jauh atau tak tahu tempat itu, ini adalah permintaan rakyat di Batu Sapi, mereka mahukan calon daripada kawasan mereka sendiri... oleh itu kita akan tunailkan pemintaan rakyat di kawasan tersebut," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan