Semua Pemimpin Perlu Tahu Guna Komputer - Rais

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua pemimpin harus memanfaatkan komputer dan media baru untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat serta menyampaikan perjuangan parti, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Anggota Majlis Tinggi Umno berkata mesin taip sudah tidak lagi sesuai digunakan memandangkan teknologi sudah semakin jauh ke depan dan oleh itu pemimpin perlu pandai menggunakan komputer sekurang-kuranngnya secara komprehensif.

"Pemimpin mesti tahu sekurang-kurangnya menggunakan komputer dan beri isian kepada facebook atau twitter dan juga jangkauan-jangkauan yang lain. Pemimpin baru atau lama mesti canggih dan berkebolehan menggunakan media baru ini.

"Lanjutan daripada itu juga saya rasa beliau (Presiden Umno) menjuarakan supaya kita perlu berhubungan baik dengan semua pihak yang mempunyai haluan dan tujuan menerusi ICT sendiri dan kementerian saya secara asasnya boleh membantu dalam soal ini kerana memang menggunakan komputer sebagai bahan untuk merapatkan (hubungan dengan) masyarakat," katanya ketika mengulas ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Rais berkata secara keseluruhannya ucapan penggulungan Perdana Menteri menampakkan kesungguhan beliau untuk mewujudkan sistem yang mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya juga menduga beberapa perubahan akan dilakukan di negeri-negeri atau di bahagian yang dapat menerima ilham serta isyarat yang beliau sudah kemukakan ini.

"Orang Melayu boleh bergantung harap kepada janji dan komitmen ini dan sekali gus segala kerja penyusunan semula boleh dijalankan dengan jayanya," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan