Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Cetus Minat

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi nampaknya telah mencetus minat mendalam berikutan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini telah menjual 26 borang pencalonan kepada parti politik dan indivdu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN), masing-masing membeli lima set borang.

Parti lain ialah Parti Maju Sabah (SAPP), iaitu tiga set borang, parti pembangkang Sabah, Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) iaitu dua set dan 11 set dibeli oleh individu.

"Kami tidak tahu berapa ramai daripada mereka serius. Menjelang Isnin ini, kami akan mendapat gambaran jelas mengenai bilangan mereka yang mahu bertanding apabila mengemukakan deposit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan SPR bagi pilihan raya kecil itu di sini.

Beliau berkata SPR sudah bersedia mengendalikan sebarang jumlah pencalonan bagi pilihan raya kecil tersebut.

Hari penamaan calon ditetapkan pada Selasa ini dan hari pengundian pada 4 November ini.

Wan Ahmad berkata SPR telah membuka kaunter di enam tempat bagi pengundi memeriksa stesen mengundi iaitu di Pasar Umum Sandakan, Dewan Masyarakat Sandakan, Dewan Sibuga Jaya, Pasar Taman Mawar, Pasaraya Parkwell dan Pasaraya Giant.

Pengundi berdaftar yang digazetkan bagi kawasan Parlimen Batu Sapi ialah 25,582 orang iaitu 24,047 pemilih biasa dan 1,535 pengundi pos.

Daripada jumlah keseluruhan pengundi di kawasan itu, 15,099 atau 59.02 peratus adalah pengundi Bumiputera Islam, 689 Bumiputera Bukan Islam (2.69 peratus), 9,737 Cina (38.06 peratus) dan lain-lain seramai 57 pengundi iaitu 0.22 peratus.

Jumlah pengundi kali ini adalah berkurangan jika dibandingkan pada pilihan raya umum lalu iaitu 26,004 orang disebabkan faktor seperti kematian selain ada yang menukar kewarganegaraan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah dari BN pada satu kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada 9 Oktober lalu.

Pada pilihan raya umum 2008, Edmund Chong dari PBS mengatasi calon Bebas Dr Chung Kong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Edmund Chong memperoleh 9,479 undi manakala Dr Chung pula mendapat 5,771 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan