Perpaduan Masyarakat Dapat Cegah Jenayah - Ismail

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semangat perpaduan perlu dipupuk di kalangan masyarakat bagi mencegah segala aktiviti jenayah yang kini semakin berleluasa, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Masyarakat perlu bersatu padu dalam melakukan aktiviti yang sihat, menganjurkan aktiviti moral yang tinggi dan meningkatkan silaturahim antara jiran, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pencegahan jenayah di Kampung Medan dekat sini, Sabtu.

Turut hadir Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk Thaiveegam dan Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Ismail berkata walaupun semangat perpaduan perlu disemat dalam jiwa masyarakat, anggota polis juga perlu meneruskan sikap berani dan tegas dalam menjalankan tugas.

"Polis merupakan pelindung rakyat...dengan ini mereka tidak perlu takut untuk menangkap penjenayah yang tidak bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.

Ketika ditanya mengenai sambutan program itu, Ismail berkata maklum balas daripada masyarakat memberangsangkan sekaligus mencapai objektif yang diinginkan.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan