Perhimpunan Agung Umno 2010 Disambung Semula Pagi Ini

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2010 yang masuk hari terakhir pada Sabtu disambung semula pagi ini dengan pembentangan usul agama dan pendidikan oleh wakil Umno Perak Datuk Rosli Husin.

Perhimpunan yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu bermula pukul 8.30 pagi.

Seramai 14 perwakilan dijadual membahaskan usul tersebut sebelum disusuli dengan sesi penggulungan oleh pimpinan Umno termasuk Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah ketiga-tiga naib presiden parti iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Selain mereka ialah ketua-ketua dari ketiga-tiga sayap Umno iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Wanita), Khairy Jamaluddin (Pemuda) dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Puteri).

Perhimpunan itu yang melabuhkan tirainya hari ini dihadiri seramai 2,543 perwakilan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan