Pengawal Keselamatan Terkena Tembakan Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang pengawal keselamatan, Zakaria Mat, 57, yang cedera parah akibat terkena peluru penabur daripada senapang patah milik rakan setugasnya, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini malam semalam.

Mangsa yang berasal dari Mata Ayer dekat sini, menghembuskan nafas terakhir pukul 11.18 malam di sisi isteri serta enam anak berusia antara 6 dan 24 tahun, setelah lebih 24 jam tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari pada Khamis lepas, mangsa cedera parah di bahagian perut dan pinggang setelah terkena 11 butir peluru penabur akibat senapang patah yang meletup secara tiba-tiba dalam van sebuah syarikat keselamatan.

Isteri Allahyarham, Azizul Man, 52, berkata ketika kejadian beliau berada di rumah dan segera ke HTF setelah dimaklumkan oleh rakan sekerja Allahyarham kira-kira 2 petang.

Katanya, suaminya berkhidmat sebagai pegawai keselamatan di syarikat berkenaan selama kira-kira tujuh tahun selepas bersara sebagai anggota tentera dan setakat ini, pihaknya belum bercadang mengambil tindakan undang-undang.

"Kakak mahu menguruskan urusan pengebumian arwah suami terlebih dahulu, dan buat masa sekarang tidak mahu memikirkan tentang perkara itu lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Noordin ketika dihubungi berkata setakat ini, polis masih menunggu laporan hasil bedah siasat terhadap mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan