Pemimpin Akan Umbi Sambut Cabaran Menangi PRU-13

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rata-rata pemimpin Umno bersedia menyahut cabaran yang dilontarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pemimpin Umno di peringkat akar umbi perlu menggunakan media maya untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

“Kita perlu gunakan media baru namun kita tidak boleh ketepikan peranan media konvensional supaya kita dapat mencakupi ruang khalayak yang lebih besar dalam aspek penyampaian maklumat,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.

Seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal berkata rakyat perlu yakin Umno adalah parti memperjuangkan hak Melayu dan kepentingan semua kaum.

“Ini titik mula perjuangan Umno berada di bawah wadah baru berteraskan 1Malaysia supaya Umno dapat terus memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula menyifatkan ucapan Presiden kali ini sebagai penyuntik semangat untuk ahli memulakan proses transformasi diri dan parti.

“Menangi hati rakyat dengan pendekatan inklusif. Jenamakan Umno supaya rakyat dapat merasa sumbangan Umno.

“Jangan hanya mengharapkan kerajaan tapi Umno sendiri perlu buat kerja dan selesaikan masalah rakyat,” katanya.

Bagi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula, sayap itu akan mendampingi rakyat dengan mengadakan program di peringkat akar umbi supaya mereka faham mengenai visi dan misi Umno dengan lebih jelas.

“Kita yakin dengan cara ini rakyat akan memahami hanya Barisan Nasional (BN) sahaja dapat membela nasib rakyat. Semua program ini akan dijalankan dengan Wanita BN atas semangat setiakawan kita bersama.

“Kita perlu menolak ahli parti yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan peribadi dalam parti,” katanya.

Mantan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan pada kali ini telah membangkitkan semula semangat Umno yang sebelum ini dilihat pudar.

Dr. Mahathir berkata, transformasi yang dilakukan juga telah dilakukan dengan baik dan beliau gembira semua persoalan yang dibangkitkan dijawab dengan baik.

"Semangat Umno telah kembali dan semua persoalan berkaitan rakyat telah dijawab serta kekeliruan dulu dapat dihapuskan," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shaziman Abu Mansor menyifatkan ucapan penggulungan Presiden parti sebagai ringas tetapi jelas.

Katanya, mesej Perdana Menteri mahukan semua pihak memulakan tindakan demi kepentingan rakyat dan parti perlu dipandang serius.

"Mesej yang ringkas tetapi penuh bermakna bertetapan dengan transformasi yang ingin dilakukan," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan