Bendera Malaysia Berkibar Di Bumi Afghanistan

Diterbitkan: Sabtu, 23 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAMIAN: Tiga blok bangunan milik Tim Perubatan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) New Zealand yang siap sepenuhnya di sini, dijangka dapat membantu anggota mempersiapkan diri dalam misi bantuan perubatan di negara ini.

Komander Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (Malcon Isaf) Lt Kol Norazan Omar berkata kemudahan yang ada ini dapat memberi keselesaan kepada anggota dalam berdepan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang misi ini.

"Kemudahan ini sangat selesa, cantik dan yang paling lengkap di Bamian dengan adanya air, elektrik ,internet dan rumah penginapan yang dilihat sangat sesuai untuk jalankan misi ini.

"Terima kasih kepada kerajaan Malaysia di atas pemberian ini dan kami akan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas Majis Penyerahan Bangunan daripada kontraktor kepada ATM, Sabtu.

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan melantik syarikat Dwi Makna Sdn Bhd, syarikat bekas anggota tentera, untuk melaksanakan projek itu bagi perajurit negara yang sedang berkhidmat di sini.

Tiga blok itu dilengkapi dengan dapur, blok penginapan pegawai dan lain-lain pangkat, tandas, surau, dewan makan dan blok pejabat.

Norazan berkata kekuatan mental anggota mereka kini lebih tinggi dengan adanya kemudahan di sini memandangkan tugas mereka memerlukan ketahanan diri menghadapi cuaca sejuk, perbezaan budaya dan sebagainya selain berada jauh dari tanah air.

Pengarah Urusan Dwi Makna Sdn Bhd Major (R) Mohamed Yussof Datuk Tahwil Azar berkata projek pembinaan yang bermula 1 Sept lepas mengambil masa 45 hari untuk siap.

Projek yang dibuat dengan kerjasama syarikat Afghan Bamica Construction Company (ABCC) itu menggunakan kepakaran jurutera negara dan dibantu kira-kira 50 hingga 80 tenaga buruh tempatan.

Mohamed Yussof berkata antara cabaran yang dihadapi dalam menyiapkan projek ialah membawa masuk peralatan ke kawasan yang tidak mempunyai struktur jalan yang baik itu.

Beliau berkata pembinaan tiga blok bangunan itu diambil daripada konsep yang ada di Malaysia seperti tandas, surau dan dewan makan yang berada di tengah blok diletak berdekatan manakala kediaman anggota di kiri dan kanan blok bagi mewujudkan faktor keselesaan di kalangan anggota.

Mohamed Yussof berkata struktur bangunan ini juga dibina bagi memastikan anggota berada dalam keadaan selamat terutama dengan kedatangan musim salji yang lama iaitu kira-kira lima bulan.

Tiga blok bangunan ini dijangka dapat memanfaatkan kesemua 40 anggota pada satu masa selain kemudahan garaj bagi meletakkan kenderaan dan stor bagi menyimpan peralatan. Pada masa ini terdapat 40 anggota melibatkan sembilan pegawai dan tujuh wanita dari Tim Perubatan, Logistik dan Keselamatan yang berkhidmat bagi misi memberikan rawatan pergigian, pemeriksaan kesihatan dan memberikan latihan kepada petugas warga tempatan.

Kumpulan itu berada di sini sebagai sebuah negara bukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang menerima jemputan Afghanistan bagi melaksanakan Operasi Interim Bantuan dan Sokongan Nasional (Op Insaf) ke negara itu.

Ia bagi menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan semula Afghanistan dan penugasan Malcon Isaf ini adalah khusus kepada bantuan kemanusiaan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan