Umno WP Mahu Menara Warisan Merdeka Dibina Di Kg Baru

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil Wilayah Persekutuan mencadangkan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat dibina di Kampung Baru untuk menggambarkan kejayaan orang Melayu.

Menurut Datuk Johari Abdul Ghani, Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempunyai tanah seluas 97 hektar di kawasan perkampungan tradisional itu berbanding hanya 9 hektar di kawasan Stadium Negara, tapak di mana menara tersebut dicadangkan dibina.

Katanya, jika cadangannya diambil kira, maka nilai tanah-tanah orang Melayu di Kampung Baru akan naik berlipat kali ganda selain menjana ekonomi mereka untuk jangka masa panjang serta amat menguntungkan.

“Saya yakin penduduk Melayu di kawasan Kampung Baru akan bersetuju dengan cadangan ini, kerana menara tersebut akan menjadi mercu tanda kejayaan orang Melayu selama ini,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Jumaat.

Sementara itu, wakil Selangor, Datuk Ikwan Salim Sujak menyokong pembinaan Menara Warisan Merdeka ini kerana pembinaan ini pasti menjana ekonomi negara sama seperti dekad 1990-an apabila Malaysia membina Menara Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lunpur (KLIA) dan pelbagai projek mega lain.

Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan pembinaan ini hanya mahu mengelirukan rakyat dan mendapatkan sokongan semata-mata tanpa mengira keuntungan yang akan dikecapi oleh negara.

"Pembinaan menara ini perlu dilihat dari segi jangka panjang, mereka bercakap bukan-bukan hanya untuk mendapatkan sokongan politik,” katanya.

Permodalan Nasional Berhad (PNB), sebuah syarikat pegangan pelaburan, ketika ini menguruskan dana bernilai lebih RM140 bilion dan mempunyai kepentingan besar dalam lebih dari 300 syarikat tersenarai dan tidak tersenarai dalam bursa saham.

Rancangan pembinaan Menara Warisan Merdeka terdiri dari tiga fasa yang dijangka selesai sepenuhnya menjelang 2020, telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan bajetnya minggu lepas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan