Temasya Sihat Wanita Umno Tarik Perhatian Pengunjung PWTC - Berita Semasa | mStar

Temasya Sihat Wanita Umno Tarik Perhatian Pengunjung PWTC

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesungguhan ahli-ahli Wanita Umno menganjurkan karnival pemeriksaan kesihatan secara percuma mendapat pujian daripada Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat berkata, kesungguhan itu berjaya mencerminkan sikap tanggungjawab terhadap ahli serta pengunjung yang hadir pada Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula Selasa lalu.

Katanya lagi, beliau gembira apabila gerai yang diberi nama Temasya Sihat itu mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai.

"Bukan sahaja wanita tetapi pemuda juga turut berkunjung ke gerai ini.

"Ini adalah perkara baik kerana selain kita berpolitik, jangan sekali-kali lupa menjaga kesihatan," katanya ketika merasmikan Temasya Sihat yang turut dihadiri Pengerusi Sekretariat Kebajikan Wanita Umno, Hasnah Salam.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata, meskipun ruang yang diberi PWTC kecil berbanding tahun sebelumnya beliau tetap gembira kerana masih diberi peluang untuk membuka gerai tersebut.

Gerai itu menawarkan pemeriksaan tekanan darah dan tahap gula selain pemeriksaan payu dara.

Tahun ini, menyaksikan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit antaranya Majlis Aids Malaysia, LembagaPembangunan Penduduk Keluarga dan Negara dan Majlis Kanser Malaysia serta Institut Jantung Negara (IJN).

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan