Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah US$104.6 Bilion

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM322.7 bilion (US$104.6 bilion) pada 15 Oktober.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 4.5 kali hutang luar negeri jangka pendek, demikian menurut bank pusat itu dalam satu kenyataan, Jumaat.

Rizab antarabangsa terdiri daripada mata wang asing (US$94.1 bilion), kedudukan rizab Dana Monetari Antarabangsa (US$500 juta), hak pengeluaran khas (US$2.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan rizab-rizab lain (US$6.4 bilion).

Aset lain Bank Negara termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.384 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM32.288 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM11.803 bilion) dan aset lain (RM6.500 bilion).

Liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); kumpulan wang rizab am (RM13.478 bilion); rizab-rizab lain (RM1.470 bilion); mata wang dalam edaran (RM52.053 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM149.899 bilion); deposit kerajaan persekutuan (RM27.634 bilion); deposit lain (RM898 juta); kertas Bank Negara (RM97.522 bilion); peruntukan hak pengeluaran khas (RM6.465 bilion); dan liabiliti lain (RM26.149 bilion). - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan