Perhimpunan Agung Umno Sambung Perbahasan Ucapan Dasar Presiden

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2010, yang memasuki hari kedua pada Jumaat, bersambung dengan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden oleh enam pembahas termasuk wakil Puteri dan Kelab Umno Luar Negara.

Ia kemudian disusuli dengan perbahasan usul ekonomi serta agama dan pendidikan oleh 28 pembahas.

Perhimpunan ini juga buat pertama kalinya menyediakan dewan untuk solat Jumaat di Dewan Tun Razak 4, Tingkat 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi memudahkan anggota perwakilan menunaikan solat Jumaat.

Perhimpunan agung kali ini berlangsung selama lima hari bermula Selasa dengan perasmian serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan itu, Khamis.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan