Pasukan Perubatan ATM Sertai Misi Bina dan Bangun Semula Afghanistan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAMIAN: Pasukan Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di sini, Jumaat untuk menyertai Malaysian Contingent International Security Assistance Force (MALCON ISAF) dalam misi membantu pembinaan dan pembangunan semula Afghanistan.

Pasukan itu mendarat di Pangkalan Udara Bamian setelah melalui Bagram, sebuah daerah berdekatan kira-kira pukul 11.45 pagi waktu tempatan menaiki pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), C130.

Ketibaan mereka disambut Pengarah Pasukan Pembangunan Semula Wilayah (PRT) New Zealand, Richard Newland dan Komander MALCON ISAF, Leftenan Kolonel Norazan Omar.

Menurut Richard dalam taklimat ringkasnya, kehadiran Malaysia adalah dinanti-nantikan memandangkan Malaysia dikenali di serata dunia melalui komitmen mereka dalam misi pengaman, bantuan keselamatan, kesihatan, dan bencana alam.

Richard berkata isu kesihatan sememangnya antara masalah utama di daerah ini memandangkan wujudnya penyakit yang boleh menyebabkan kematian seperti batuk kering, malaria, taun dan kolera.

Kehadiran Tim Perubatan ATM diyakini dapat membantu penduduk setempat ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih sihat ketika berdepan dengan perubahan cuaca tidak menentu.

Pasukan Perubatan Malaysia ini melibatkan 30 anggota ATM termasuk tujuh wanita bagi Ops INSAF dalam tempoh perkhidmatan kira-kira enam hingga sembilan bulan di Bamian.

Mereka menyertai kumpulan terdahulu melibatkan seramai lima pegawai dan lima anggota yang diketuai Norazan.

Antara skop kerja amal mereka adalah memberikan rawatan pergigian, pemeriksaan kesihatan dan memberikan latihan kepada staf warga tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan