Orang Melayu Perlu Tingkatkan Kedudukan Ekonomi

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Soal transformasi orang Melayu dalam bidang ekonomi bagi melonjakkan kedudukan ekonomi bangsa itu disentuh kebanyakan perwakilan yang mengambil bahagian pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden dan usul ekonomi pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2010. Ramai yang melihat keperluan bagi orang Melayu melakukan transformasi ekonomi bagi mempertingkatkan kedudukan ekonomi mereka selaras dengan usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Kapasiti dan keupayaan Melayu dan Bumiputera perlu ditingkatkan dalam bidang-bidang profesional serta kritikal, dan pemilikan ekuiti serta hartanah Bumiputera perlu dilonjakkan melalui pelbagai agensi amanah dan program baru yang disediakan. Wakil Umno Kelantan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin ketika membentangkan usul ekonomi berkata sebuah Pelan Induk Pembangunan Bumiputera perlu dibentuk sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar kerajaan terutamanya dalam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) yang inklusif.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata pelan itu akan turut memantau dan menyelaras Agenda Bumiputera agar bersesuaian dengan pelaksanaan model ekonomi tersebut.

Usul ekonomi berkenaan kemudiannya disokong Wakil Pergerakan Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan dibahaskan wakil-wakil Umno negeri serta wakil sayap Umno sebelum diluluskan.

Sebelum itu, perwakilan turut meluluskan usul ucapan dasar presiden selepas sesi perbahasan bersambung awal pagi Jumaat dengan enam lagi wakil Umno negeri termasuk wakil pergerakan Puteri Umno serta wakil Kelab Umno mengambil bahagian.

Pengerusi Tetap Datuk Badruldin Amiruldin ketika ditemui Bernama berkata beliau amat berpuas hati dengan mutu dan penyampaian para pembahas yang mengambil bahagian setakat ini.

"Apa pun kita berharap mereka (pembahas selepas ini) akan lebih fokus terhadap apa yang ingin mereka sampaikan," katanya.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan ucapan dasar presiden, beberapa perwakilan turut membangkitkan soal hak orang Melayu yang perlu dipertahankan tanpa perlu merasa malu dan segan hanya kerana semata-mata untuk menjaga hati kaum lain.

Wakil Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said berkata penjelasan umum mengenai fakta kedudukan orang Melayu serta bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain di dalam Perlembagaan Persekutuan wajar dibuat bagi menggelakkan kekeliruan. "Kalau kita takut berjuang dalam bumi sendiri, di mana lagi kita berjuang. Undang-undang jelas, Perlembagaan jelas, apa lagi yang kita tunggu.

"Kita tidak boleh segan, kita tidak boleh malu untuk memperjuangkan bangsa kita. Kadang kala saya tengok dalam memperjuangkan isu ini kita seperti takut-takut. Takut hati orang lain pula terguris tetapi kalau hati kita yang terguris siapa yang peduli," katanya.

Isu media turut disentuh apabila wakil Kedah Datuk Othman Aziz pula menyarankan agar media yang sentiasa mencetuskan api perkauman menerusi laporan beritanya harus digantung serta-merta kerana ia mampu meruntuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini.

"Kita mahu Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein lebih bertegas mengenai isu ini.

"Penerbitan yang tidak bertanggungjawab hendaklah digantung serta-merta, tidak perlu lagi disiasat kerana kita sering cakap nak siasat tapi akhirnya kita diam, maka mereka lebih naik 'tocang' dan ini menyebabkan rakyat keliru dengan apa yang cuba dibuat oleh kerajaan," katanya.

Pengerusi Tetap Umno kemudiannya menangguhkan persidangan dan akan disambung 8.30 pagi Sabtu untuk perbahasan usul agama dan pendidikan dan Presiden Umno dijangka melakukan ucapan penggulungan lewat petang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan