Lebih Baik Bercakap Mengenai Membangunkan Ekonomi Negara - Lam Thye

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua kaum perlu memokus kepada membangunkan ekonomi negara daripada membangkitkan isu-isu perkauman, kata aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata rakyat perlu menuruti saranan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semasa menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Umno ke-61 Khamis, menekankan supaya rakyat berhenti daripada membahas tentang isu perkauman.

Menurut Lee, Perdana Menteri mengambil masa yang tepat untuk mengingatkan rakyat bahawa sebarang pindaan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan perlu mendapat perkenan Raja-Raja.

Beliau yang juga anggota Lembaga Pemegang Amanah 1Malaysia berkata perbahasan tidak akan membawa kepada sebarang manfaat kerana hak setiap orang telah dilindungi dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Apa yang lebih penting sekarang ialah setiap orang tidak kira latar belakang mereka perlu menghentikan perbahasan mengenai kaum dan hak.

"Sebaliknya mereka perlu memokus kepada membangunkan ekonomi dan bekerja ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya kepada Bernama.

Lee berkata kumpulan tertentu jangan memutar belit rakyat demi kepentingan mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

"Mereka ini mungkin takut bahawa dengan pengenalan konsep 1Malaysia, hak mereka akan terhapus. Ini bukan perkaranya kerana ia sudah ditekankan di dalam perlembagaan," katanya.

Dalam nada yang sama, Penasihat Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Mohamed Kathir Ali berkata Perlembagaan Persekutuan dan prinsip yang terkandung dalam gagasan 1Malaysia harus dipatuhi oleh semua rakyat agar perpaduan negara terus kukuh dan erat.

"Sehubungan itu belia dan beliawanis India Muslim akan terus menyokong semua dasar dan pelembagaan negara," katanya.

Menyahut saranan Najib, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mahu mengorak langkah ke tahap tertinggi bagi menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang hebat. Presidennya Jais Abdul Karim berkata anggota GPMS sedar dan insaf dengan gesaan Perdana Menteri supaya bangsa Melayu bangkit dan memperkasakan diri agar menjadi bangsa yang disegani dan tidak dipandang rendah.

Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee pula berkata bahawa kenyataan Presiden Umno seharusnya mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan menerima realiti bahawa dominasi politik Umno telah dipersetujui oleh masyarakat majmuk di negara ini.

"Inilah asas pembentukan Malaysia yang dipelopori oleh Umno sejak mula merdeka sehingga sekarang yang harus dipertahankan,” tegasnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan