Halangan Keluarga Punca Pengikrar Tidak Derma Organ Di Saat Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Halangan keluarga adalah antara faktor pendermaan organ tidak dapat dilakukan oleh pengikrar penderma pada saat-saat akhir.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia menyumbang kepada statistik hanya 300 daripada 147,092 pengikrar yang dapat menderma bagi tempoh 1997 hingga September lepas.

"Justeru, saya nasihatkan orang ramai yang ingin menjadi pengikrar penderma organ agar mendapatkan persetujuan keluarga terlebih dahulu supaya tidak berlaku masalah ketika tiba masanya," katanya berucap pelancaran Servis Pendaftaran Sebagai Penderma Organ Pos Malaysia, di sini Jumaat.

Lee berkata secara keseluruhan, kesedaran masyarakat untuk menjadi pengikrar penderma organ semakin meningkat khususnya pada kalangan generasi muda.

"Mengenai statistik pengikrar, 66, 599 adalah lelaki manakala 79,606 adalah wanita. Daripada jumlah itu 89 peratus adalah berbangsa Cina, 24 peratus India dan 16 peratus adalah Melayu," katanya.

Sementara itu, Ketua koordinator Pusat Sumber Transplan Nasional (NTRC), Datin Dr Lela Yasmin Mansor berkata jumlah pesakit yang memerlukan organ di negara ini adalah besar.

"Setakat ini, terdapat lebih kurang 11,000 pesakit yang menunggu organ buah pinggang, hati sebanyak 18 orang, jantung lima dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut pula hanya sebahagian kecil sahaja yang berjaya mendapat penderma organ, manakala yang lain sekadar menerima rawatan di hospital untuk meringankan derita.

Sementara itu, mengulas mengenai perkhidmatan pendaftaran yang dijalankan Pos Malaysia tersebut, Pengerusinya Tan Sri Aseh Che Mat berkata ia bertujuan meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjadi pengikrar penderma organ.

Menerusi perkhidmatan itu, Pos Malaysia mengedarkan borang pendaftaran penderma organ berbentuk poskad yang dikepil bersama kad ikrar penderma di pejabat-pejabatnya di seluruh negara.

"Pelanggan hanya perlu mengisi borang tersebut dengan maklumat peribadi mereka, keluarkan kad ikrar dan poskan poskad tersebut di mana-mana peti surat dengan setem 60 sen," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

Untuk permulaan, poskad berkenaan hanya diedarkan di 18 pejabat pos besar di seluruh negara, kata Aseh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan