Gantung Media Cetus Api Perkauman Serta-Merta

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMUR: Media yang sentiasa mencetuskan api perkauman menerusi laporan beritanya harus digantung serta-merta kerana ia mampu meruntuhkan semangat perpaduan di kalangan rakyat negara ini.

Wakil Kedah Datuk Othman Aziz berkata sekiranya isu penerbitan yang tidak bertanggungjawab ini dibiarkan berterusan dan tiada tindakan diambil ia akan menggugat kestabilan dan kesejahteraan negara, politik serta ekonomi.

"Kita mahu Kementerian Dalam Negeri yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein lebih bertegas mengenai isu ini.

"Penerbitan yang tidak bertanggungjawab hendaklah digantung serta-merta, tidak perlu lagi disiasat kerana kita sering cakap nak siasat tapi akhirnya kita diam, maka mereka lebih naik 'tocang' dan ini menyebabkan rakyat keliru dengan apa yang cuba dibuat oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Usul Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Menyentuh hal lain, Othman berharap agar pembinaan Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2011 minggu lalu dapat diberikan seratus peratus kepada anak Malaysia.

Katanya tiada guna rakyat Malaysia berbangga dengan bangunan yang dibina, jika ia adalah hasil tangan mereka dari luar negara dan bukannya anak tempatan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan