Dakwaan Adun Kuala Nerang Muflis Tidak Benar

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Dakwaan bahawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim diisytihar muflis seperti dilaporkan oleh portal berita, Malaysian Insider baru-baru ini adalah tidak benar.

Pegawai Khas Adun itu Sobri Sudin berkata isu itu sengaja direka oleh parti pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan Syed Sobri dan sekaligus mahu mengambil alih kerusi Adun itu melalui pilihan raya kecil.

Katanya Syed Sobri juga tidak menghadiri prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 15 Okt lalu seperti yang disiarkan oleh Malaysia Insider dan laporan bahawa mahkamah itu mengisytiharkan muflis ke atas Adun itu juga tidak benar.

"Soal pembayaran hutang syarikatnya masih dilakukan oleh Syed Sobri bermula 2002 hingga sekarang.

"Saya kira ada pihak yang sengaja hendak menjatuhkan beliau dan mahu mengambil kerusi Adun daripada beliau, " katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Jumaat.

Rabu lalu, laporan Malaysian Insider menyatakan Syed Sobri diisytihar muflis minggu lalu ekoran syarikatnya gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sekaligus membuka ruang kepada pilihan raya kecil.

Sobri berkata isu itu sengaja dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan Syed Sobri pada Perhimpunan Agung Umno yang sedang berlangsung.

"Ada laporan yang menyatakan Syed Sobri dihalang masuk bagi menyertai perhimpunan Agung Umno yang berlangsung semalam ekoran status beliau yang muflis juga tidak benar.

"Ini kerana beliau turut serta dalam perhimpunan itu dan mendengar ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berharap tiada lagi pihak-pihak yang membuat kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menjatuhkan imej Adun Kuala Nerang itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan