Batu Sapi: Unmo Sabah Ikrar Pastikan Kejayaan BN

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno Sabah berikrar akan membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi 4 November depan.

Perwakilan Sabah, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said berkata, kenyataan bahawa Sabah merupakan 'simpanan tetap' BN akan diterjemahkan menerusi pilihan raya kecil berkenaan.

"Insya-Allah kita akan laksanakan, kita akan turun padang. Sabah akan terus menjadi simpanan tetap, kita terjemahkan dalam pilihan raya kecil Batu Sapi," katanya semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno ke-61 di sini, Jumaat.

Beliau berkata keputusan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melantik Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Batu Sapi membuktikan kerajaan Pusat memberi keyakinan terhadap kepimpinan negeri.

Selain itu Mohd Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, kepercayaan yang diberikan Najib kepada rakyat Sabah membuktikan kerajaan Pusat tidak memgamalkan dasar pecah dan perintah yang menjadi faktor kemarahan rakyat di negeri itu.

"Jelas bahawa Sabah dan Sarawak penting untuk tentukan pembentukan kerajaan di negara kita, kami memang menyokong penuh Perdana Menteri banyak beri peruntukan yang besar untuk Sabah, kita senang... sebab kerajan Pusat tak amalkan sistem pecah dan perintah.

"Orang sabah paling marah kalau pemimpin amalkan pecah perintah... tapi kami lihat Perdana Menteri tak seperti itu, tak menggunakan konsep pecah dan perintah malah memberi kepercayaan kepada kepimpinan kami," katanya.

Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong berikutan kematian Datuk Edmond Chong Ket Wah daripada BN akibat nahas jalan raya pada 9 Oktober.

Pada pilihan raya umum lalu, Chong yang juga Bendahari Parti Bersatu Sabah (PBS), menewaskan calon Bebas, Dr Chung Ong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi termasuk hampir 16,000 pengundi Bumiputera dan lebih 9,700 pengundi Cina.

Penamaan calon ialah pada 26 Oktober ini

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan