Agih Kek Ekonomi Seperti Permainan Golf, Kata Wakil Melaka

Diterbitkan: Jumaat, 22 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengagihan kek ekonomi negara perlu dilakukan seperti permainan golf bagi menjamin pembahagian yang adil, kata seorang anggota perwakilan Umno Melaka Datuk Hasnoor Sidang Husin.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Katil itu berkata sistem handicap yang diperuntukkan dalam permainan golf memberikan mereka yang mempunyai handicap tinggi iaitu mereka yang tidak mahir bermain, kelebihan pukulan (strok) daripada mereka yang mempunyai handicap rendah jika bermain dalam permainan sama.

Cara permainan begini adalah adil berbanding permainan ragbi yang semuanya dalam keadaan ganas, katanya semasa membahaskan Usul Ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat.

Katanya kerajaan perlu meneruskan dasar afirmatif dan pengagihan adil, dan bukan yang ditentukan oleh pasaran semata-mata tetapi turut bersandarkan keperluan.

"Kerajaan mesti meneruskan peranan intervensi kerajaan secara strategik dengan membetulkan keadaan pasaran yang tidak sempurna," katanya.

Hasnoor berkata apa jua model ekonomi yang ingin dilaksanakan, atau apapun perancangan hendak diwujudkan mesti mengambil kira kepentingan orang Melayu agar masyarakat tidak akan menjadi "pengemis di tanah air sendiri".

"Janganlah jadi umpama itik mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan. Jika kita terleka, proses memajukan negara ini akan menjadi senjata baru untuk menjajah bangsa Melayu sendiri," katanya.

Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) perlu mengambil kira keadilan sosial dan keharmonian kaum yang boleh melebarkan lagi jurang ekonomi.

Terlalu memberi penekanan dalam soal pertumbuhan dan mengabaikan aspek pengagihan terutama terhadap bangsa Melayu, akan memberi kesan kepada orang Melayu, katanya.

Wakil Perak, Ketua Umno Bahagian Beruas Datuk Abdul Manaf Hashim mahu syarikat utiliti yang diswastakan dipantau oleh kerajaan supaya kenaikan tarif tidak membebankan rakyat.

"Rundingan dengan Penjana Kuasa Bebas (IPP) mesti nampak kesungguhan untuk tidak membebankan rakyat dengan terma berat sebelah seperti 'ambil atau bayar' dan kadar bayaran tinggi yang perlu dibayar oleh TNB," katanya.

Abdul Manaf menyarankan agar kerajaan turut membawa pembangunan ke luar bandar seperti yang dilakukan di Shah Alam dan Seri Iskandar.

"Jika orang Melayu masih kekal di kampung-kampung kecil maka sukar jadi masyarakat perdagangan dan perindustrian.

"Kami minta supaya bangunkan lebih banyak Shah Alam, Seri Iskandar dan Putrajaya untuk usahawan bumiputera di kawasan lain yang ketinggalan, terutama bahagian-bahagian yang terlepas pandang tetapi sentiasa menyokong Barisan Nasional meskipun selepas tsunami politik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan