Wanita Mahu Jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu kerajaan menimbangkan untuk melantik wanita sebagai Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Shahrizat juga mahu wanita diberi peluang untuk memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Tegasnya, cadangan tersebut berasas kerana sayap tersebut sudah mempunyai ahli seramai 1.3 juta orang.

“Kita tidak boleh berada di dalam zon selesa kerana pengundi atas pagar sentiasa melihat dan mendengar serta berharap bahawa kita akan menjalankan tugas dengan baik dan berhemah kerana mereka mahu terus menyokong kepimpinan Barisan Nasional,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2010 di Dewan Tun Hussein Onn di sini, Rabu.

Menurutnya, rakyat sedar pembangkang telah menjanjikan ‘bulan dan bintang’ sebelum mereka menang dalam pilihan raya umum yang lalu sedangkan apa yang dijanjikan adalah khayalan dan fantasi politik yang memabukkan.

“Harapan rakyat dilambungkan ke angkasaraya, tetapi selepas itu pengundi ditinggalkan begitu sahaja. Kasihan! Tidak sampai dua tahun, habis madu sepah dibuang.

“Pembangkang hanya tahu mengkritik dan jaguh retorik dan gimik semata-mata. Politikus mereka bermusim sedangkan agenda utama mereka adalah memporak-perandakan negara. Sedangkan nawaitu mereka hanyalah satu untuk mencari jalan ke Putrajaya,” katanya.

Shahrizat turut mengingatkan ahli parti supaya berhati-hati kerana landskap politik telah berubah dan maklumat mudah diperolehi dan tersebar di laman web seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

“Tidak hairanlah jika rakyat jelata terkeliru, apatah lagi meluat dan bosan sehingga bersikap tidak peduli terhadap amalan politik nasional.

“Ahli Umno perlu lebih berhati-hati dengan perubahan landskap politik pada hari ini,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan