Sejuk Ekstrem Cabaran Besar ATM Di Afghanistan

Diterbitkan: Khamis, 21 Oktober 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

QATAR: Suhu yang terlalu sejuk hingga mencapai tahap -40 darjah selsius adalah antara cabaran besar anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksana misi Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (MALCON-ISAF) di bumi Bamyan, Afghanistan.

Ketua Pengurusan Logistik Perubatan Kumpulan Induk Malcon-ISAF, Mejar Hassan Masro berkata masalah suhu yang ekstrem sejuk itu menjelang pertengahan bulan ini hingga Januari depan memang telah dikenalpasti pasukannya.

"Semua pegawai dan anggota sudah dipersiapkan dari segi mental dan fizikal untuk menghadapinya, termasuk mengikuti kursus Bahasa Dariduia selama dua minggu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sebelum ini.

"Penguasaan bahasa itu penting bagi memudahkan perhubungan dengan rakyat tempatan, selain memastikan kehadiran kita disenangi mereka," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu, ketika kumpulan induk itu singgah di Pangkalan Udara al-Udeied yang dikendalikan tentera Amerika Syarikat bagi urusan logistik dan penukaran pesawat pengangkut.

Kumpulan Induk Malcon-ISAF ini termasuk dua doktor dan 16 ahli paramedik dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) ATM dijadual berlepas ke Bamiyan pagi esok.

Penerbangan menggunakan pesawat pengangkut Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) 9-17, dijadual mengambil masa empat jam.

Kumpulan berkenaan sebelum ini berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang pada 19 Oktober menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Mali untuk mengisi minyak.

Misi ini mencatat sejarah bagi dua pemberita tempatan, Mohd Faizal Hassan dari Bernama dan Mohd Hardi Effendi Yaacob, dari Berita Harian, kerana diberi kebenaran membuat liputan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan